Berapa harga veneer gigi?
Composite veneer RM300 bagi setiap gigi dan ceramic veneer RM2,000 bagi setiap gigi. Doktor akan sahkan kesesuaian serta jumlah gigi yang dicadangkan selepas pemeriksaan.
Apa itu veneer gigi?
Veneer ialah lapisan pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau rupa gigi. Kesesuaian bergantung pada keadaan gigi dan gusi.
Apa beza composite dan ceramic veneer?
Composite dibentuk terus di klinik dan lazimnya boleh siap dalam satu sesi. Ceramic dibuat di makmal dan memerlukan temujanji tambahan; pilihan ini biasanya lebih tahan noda.
Berapa lama veneer boleh tahan?
Ketahanan bergantung pada bahan, gigitan, tabiat dan penjagaan. Doktor akan terangkan jangkaan serta cara menjaga veneer untuk kes anda.
Adakah rawatan veneer menyakitkan?
Tahap rasa tidak selesa berbeza mengikut prosedur dan keadaan gigi. Doktor akan terangkan langkah rawatan dan pilihan bius setempat jika diperlukan.
Berapa batang gigi perlu dibuat?
Ada pesakit yang hanya memerlukan satu atau dua gigi, dan ada yang memilih lebih banyak gigi hadapan. Bilangan yang sesuai diputuskan bersama doktor selepas pemeriksaan.