Putihkan Gigi Kuning di Klinik — RM550, Termasuk Scaling
Kesan kopi, teh dan rokok yang berus gigi tak hilang? Whitening di klinik (in-chair bleaching) dengan gel gred klinikal, gusi dilindungi, dan hasil nampak pada hari yang sama.
Whitening sesuai jika gigi anda…
Kuning kerana kopi, teh atau rokok
Kesan di permukaan enamel — jenis yang paling baik bertindak balas dengan whitening.
Pudar ikut usia
Enamel menipis dan gigi nampak lebih gelap walaupun dijaga.
Nak nampak cerah untuk majlis
Nikah, konvokesyen, sesi foto — buat 1–2 minggu sebelum tarikh supaya sensitiviti dah reda.
Dah cuba produk pasaran, tak berkesan
Strip dan ubat gigi pemutih hanya buang kesan luar; whitening klinik bertindak lebih dalam dan dikawal doktor.
Whitening tidak mengubah warna tampalan, crown atau veneer. Gigi gelap selepas rawatan akar dinilai berasingan (internal bleaching).
Apa yang berlaku semasa lawatan
- Pemeriksaan & rekod warnaDoktor semak gigi dan gusi, rekod warna asal (shade) supaya anda nampak perbezaannya.
- Scaling & polishingKarang dan plak dibuang dahulu supaya gel bertindak sekata.
- Whitening in-chairGusi dilindungi, gel gred klinikal disapu 1 atau 3 cycle ikut pakej.
- Nasihat selepas rawatanApa yang perlu dielakkan 48 jam pertama dan cara kekalkan hasil.
Satu sesi sekitar 60–90 minit. Rawatan oleh Dr. Hanif (BDS Alexandria, 10 tahun pengalaman) atau Dr. Fariz Bin Naaman (BDS Alexandria).
Harga Whitening
Termasuk
- Pemeriksaan dan rekod warna gigi
- Scaling & polishing pada hari yang sama
- Pelindung gusi dan gel gred klinikal
- Nasihat penjagaan selepas rawatan
Tidak termasuk
- Tampalan atau rawatan lain yang dikesan semasa pemeriksaan
- Sesi ulangan (touch-up) pada masa hadapan
- Home whitening kit
Birthday bulan ini? Whitening RM450
Syarat kelayakan
- Tarikh rawatan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lahir (sebelum atau selepas)
- Bawa MyKad untuk pengesahan
- Slot promo terhad — ikut kekosongan
- Tidak boleh digabung dengan promo lain
- Termasuk scaling & polishing seperti pakej biasa
Soalan Lazim Tentang Whitening
Whitening sakit tak? Gigi jadi sensitif?
Semasa rawatan kebanyakan pesakit hanya rasa sedikit ngilu. Sensitiviti ringan 1–2 hari selepas rawatan adalah normal dan reda sendiri. Kalau gigi anda memang sensitif, beritahu doktor — kami boleh laraskan tempoh dan sapu gel pelindung.
Whitening rosakkan enamel tak?
Whitening di klinik menggunakan gel gred klinikal dengan kepekatan yang dikawal oleh doktor dan gusi dilindungi sepanjang rawatan. Ia tidak menghakis enamel. Yang berisiko ialah produk pemutih tanpa pengawasan atau petua rumah seperti baking soda dan arang.
Apa beza 1 cycle dengan 3 cycle?
Satu cycle ialah satu pusingan gel dalam sesi yang sama. 3 cycle memberi lebih masa untuk gel bertindak — sesuai untuk gigi yang lebih kuning atau kesan kopi/teh/rokok yang lama. Doktor akan cadangkan mana yang sesuai selepas melihat warna asal gigi anda.
Berapa lama hasilnya tahan?
Berbeza ikut orang — bergantung pada tabiat minum kopi/teh, merokok dan penjagaan. Kami tidak dapat menjamin tempoh tertentu, tetapi elakkan makanan berwarna 48 jam pertama dan jaga kebersihan gigi supaya hasil lebih lama.
Kenapa scaling termasuk?
Gel pemutih tak boleh tembus karang dan plak. Gigi dicuci dahulu supaya warna putih sekata. Sebab itu pakej kami termasuk scaling & polishing pada hari yang sama.
Semua orang sesuai buat whitening?
Whitening paling berkesan untuk kesan kuning di permukaan (kopi, teh, rokok, usia). Ia tidak mengubah warna tampalan, crown atau veneer. Tidak dicadangkan untuk ibu mengandung atau menyusu, dan pesakit bawah 18 tahun perlu dinilai dahulu. Gigi yang gelap selepas rawatan akar mungkin perlukan internal bleaching (RM400 setiap gigi) — doktor akan nilai.
Syarat promo birthday?
Tarikh rawatan mesti dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lahir anda (sebelum atau selepas). Bawa MyKad untuk pengesahan. Slot promo terhad dan bergantung pada kekosongan. Promo tidak boleh digabung dengan tawaran lain.
Berapa lama satu sesi?
Sekitar 60–90 minit termasuk scaling & polishing. Anda boleh terus balik dan beraktiviti seperti biasa.
Lokasi & Waktu Operasi
Alamat
65-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, SelangorTingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza (Laman Perniagaan Bahagia)
Naik tangga di sebelah KK Mart. Parkir di hadapan kedai.
Waktu Operasi
- Isnin – Khamis: 10:30 pagi – 6:30 petang
- Jumaat: Tutup
- Sabtu & Ahad: 10:30 pagi – 6:30 petang
- Cuti umum: sila semak di WhatsApp
Klinik berasaskan temujanji. Walk-in diterima jika ada slot kosong — WhatsApp dulu untuk elak menunggu.
WhatsApp / telefon: 017-427 6059 · Email: awanadental@gmail.com
Tempah slot whitening anda
Beritahu kami tarikh yang anda nak — kami balas dengan slot kosong terdekat.
Isnin–Khamis & Sabtu–Ahad, 10:30 pagi – 6:30 petang · Jumaat tutup. Balasan WhatsApp mengikut waktu operasi.