Tampal Gigi di Bandar Seri Putra, Bangi
Gigi berlubang, ngilu bila minum sejuk atau sakit bila mengunyah? Tampalan membaiki bahagian gigi yang rosak supaya gigi boleh berfungsi semula. Kami pilih bahan tampalan yang sesuai selepas memeriksa gigi anda.
Bila gigi perlu ditampal?
Lubang atau tompok hitam
Lubang kecil, tompok coklat atau hitam pada permukaan gigi atau di celah gigi.
Ngilu bila makan atau minum
Rasa ngilu dengan minuman sejuk, panas atau makanan manis yang datang dan pergi.
Makanan selalu tersangkut
Makanan kerap tersekat di tempat yang sama — tanda mungkin ada lubang atau tampalan lama yang rosak.
Gigi sumbing atau retak kecil
Bahagian kecil gigi patah kerana gigitan keras atau jatuh.
Tampalan lama longgar
Tampalan lama yang tercabut, retak atau berubah warna perlu disemak dan diganti.
Dikesan semasa pemeriksaan
Lubang awal kadang-kadang tiada rasa sakit. Pemeriksaan berkala membantu mengesannya lebih awal.
Jenis tampalan gigi di klinik kami
Tampalan sewarna gigi (komposit). Resin berwarna seperti gigi yang dilekatkan dan dibentuk terus pada gigi, kemudian dikeraskan dengan lampu khas. Sesuai untuk gigi hadapan dan banyak kes gigi belakang. Warnanya dipadankan dengan gigi asal anda.
Tampalan GIC (glass ionomer). Bahan yang membebaskan fluorida secara perlahan. Sering digunakan untuk gigi kanak-kanak, lubang dekat garis gusi, atau sebagai lapisan asas di bawah tampalan lain.
Tampalan sementara. Digunakan untuk melindungi gigi buat sementara waktu, contohnya semasa rawatan akar atau bila gigi perlu dipantau dahulu sebelum tampalan kekal dibuat.
Jika lubang terlalu besar atau sudah sampai ke saraf, doktor mungkin cadangkan rawatan akar atau crown. Jika gigi tidak dapat diselamatkan, pilihan cabut gigi akan dibincangkan bersama anda.
Proses tampal gigi langkah demi langkah
- PemeriksaanDoktor periksa gigi, dan ambil X-ray jika perlu untuk lihat saiz dan kedalaman lubang.
- Penerangan & kosDoktor terangkan jenis tampalan yang sesuai dan kos sebelum mula. Anda boleh bertanya apa sahaja.
- Bius setempat jika perluUntuk lubang yang dalam, ubat bius setempat diberi supaya anda lebih selesa.
- Buang bahagian reputBahagian gigi yang reput dibersihkan dan gigi disediakan untuk bahan tampalan.
- Tampal & bentukBahan tampalan diletakkan lapis demi lapis, dibentuk ikut gigi asal dan dikeraskan.
- Semak gigitan & licinkanDoktor semak gigitan anda dan licinkan tampalan supaya selesa untuk mengunyah.
Kebanyakan tampalan siap dalam satu lawatan. Rawatan oleh Dr. Hanif (BDS Alexandria) atau Dr. Fariz Bin Naaman (BDS Alexandria).
Penjagaan selepas tampal gigi
- Jika bius digunakan, tunggu rasa kebas hilang sebelum makan supaya tidak tergigit bibir atau pipi.
- Sedikit ngilu selama beberapa hari adalah biasa. Hubungi kami jika ngilu berterusan atau semakin teruk.
- Jika gigitan terasa tinggi atau tidak selesa, WhatsApp kami supaya doktor boleh laraskan.
- Berus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida dan gunakan floss setiap hari.
- Kurangkan makanan dan minuman manis, dan elakkan menggigit benda keras seperti ais atau tulang.
- Datang untuk pemeriksaan dan scaling berkala supaya lubang baru dapat dikesan awal.
Ingin tahu sejarah tampalan gigi? Baca artikel kami: Sejarah tampalan gigi — dari lilin lebah hingga tampalan sewarna gigi.
Kos tampal gigi
Termasuk
- Pemeriksaan gigi yang ditampal
- Penerangan pilihan bahan tampalan
- Tampalan dan pelarasan gigitan
- Nasihat penjagaan di rumah
Mungkin perlu rawatan lain
- X-ray jika diperlukan — dimaklumkan dahulu
- Rawatan akar jika lubang sudah sampai ke saraf
- Crown untuk gigi yang terlalu rosak
Soalan Lazim
Tampal gigi sakit tak?
Kebanyakan lubang kecil boleh ditampal dengan sedikit rasa tidak selesa. Untuk lubang yang lebih dalam, doktor boleh beri bius setempat. Beritahu kami awal jika anda mudah cemas supaya doktor boleh buat perlahan-lahan.
Berapa lama masa untuk tampal gigi?
Biasanya sekitar 30 hingga 60 minit untuk satu gigi, bergantung pada saiz lubang dan bilangan gigi.
Berapa lama tampalan boleh tahan?
Ketahanan bergantung pada saiz tampalan, bahan, tabiat menggigit dan penjagaan gigi. Doktor akan terangkan jangkaan untuk kes anda dan semak tampalan semasa pemeriksaan berkala.
Boleh makan selepas tampal gigi?
Tampalan sewarna gigi dikeraskan dengan lampu, jadi anda boleh makan selepas rasa kebas hilang. Untuk tampalan sementara, elakkan mengunyah di bahagian itu sehingga lawatan seterusnya.
Gigi kanak-kanak boleh ditampal?
Boleh. Gigi susu yang berlubang juga perlu dirawat. Maklumkan umur anak semasa membuat temujanji supaya kami boleh cadangkan slot yang sesuai.
Berapa kos tampal gigi?
Kos rawatan bergantung pada keadaan gigi dan akan diterangkan oleh doktor selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Hubungi kami di WhatsApp untuk maklumat lanjut.
Baca juga: Scaling & polishing · Rawatan akar · Cabut gigi · Cabut gigi bongsu · Senarai rawatan · Tampal gigi berlubang (blog)
Lokasi & Waktu Operasi
Alamat
65-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, SelangorTingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza (Laman Perniagaan Bahagia)
Naik tangga di sebelah KK Mart. Parkir di hadapan kedai.
Waktu Operasi
- Isnin – Rabu: 10:30 pagi – 6:30 petang
- Khamis: Tutup
- Jumaat – Ahad: 10:30 pagi – 6:30 petang
- Cuti umum: sila semak di WhatsApp
Klinik berasaskan temujanji. Walk-in diterima jika ada slot kosong — WhatsApp dulu untuk elak menunggu.
WhatsApp / telefon: 017-427 6059 · Email: awanadental@gmail.com
Tempah slot tampal gigi anda
Hantar mesej WhatsApp — beritahu gigi mana yang bermasalah dan hari yang sesuai.
Isnin–Rabu & Jumaat–Ahad, 10:30 pagi – 6:30 petang · Khamis tutup. Balasan WhatsApp mengikut waktu operasi.