Rawatan gigi · Bandar Seri Putra, Bangi

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Awana, Bandar Seri Putra

Klinik gigi keluarga di Bandar Seri Putra, dekat Bangi, Kajang dan Nilai. Pilih rawatan yang sesuai untuk masalah gigi anda — daripada pemeriksaan dan scaling, tampal gigi, rawatan akar dan cabut gigi, hingga braces, gigi palsu dan implant. Doktor terangkan pilihan, langkah rawatan dan anggaran kos sebelum anda membuat keputusan.

Kos dimaklumkan sebelum rawatanBuka Sabtu & AhadBandar Seri Putra, Bangi

Rawatan lain di klinik

Crown & bridge

Mahkota untuk melindungi gigi yang lemah, contohnya selepas rawatan akar, atau bridge untuk menggantikan gigi yang hilang di antara dua gigi.

Retainer

Untuk mengekalkan susunan gigi selepas braces, atau gantian retainer yang hilang atau rosak.

X-ray gigi (IOPA)

Gambar X-ray kecil untuk membantu doktor melihat lubang, akar dan tulang sebelum rawatan.

Tampalan kosmetik & internal bleaching

Untuk membaiki rupa gigi hadapan yang sumbing atau berubah warna.

Laporan pergigian

Laporan pemeriksaan gigi untuk keperluan kerja, sekolah atau insurans — maklumkan semasa membuat temujanji.

Kos rawatan bergantung pada keadaan gigi dan akan diterangkan oleh doktor selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Hubungi kami di WhatsApp untuk maklumat lanjut.

Rawatan mengikut masalah gigi

Tak pasti rawatan mana yang anda perlukan? Ini panduan ringkas. Doktor akan sahkan selepas pemeriksaan.

  • Gusi berdarah, karang gigi atau nafas berbau — mulakan dengan scaling & polishing.
  • Gigi berlubang atau ngilu bila makan manis/sejuk — biasanya tampal gigi.
  • Sakit gigi berdenyut, terutama waktu malam — mungkin perlu rawatan akar.
  • Gigi pecah teruk atau goyang — doktor akan nilai sama ada gigi boleh dibaiki atau perlu dicabut.
  • Bengkak atau sakit di gigi geraham terakhir di belakang — semak gigi bongsu.
  • Gigi hilang atau susah mengunyah — pilihan gigi palsu atau implant gigi.
  • Gigi bertindih, jarang atau jongang — bincang tentang braces.
  • Gigi kuning atau ingin baiki rupa gigi hadapan — whitening atau veneer.

Soalan lazim

Perlu buat pemeriksaan dulu sebelum rawatan?

Ya, kebanyakan rawatan bermula dengan pemeriksaan supaya doktor boleh cadangkan pilihan yang sesuai dengan keadaan gigi anda.

Klinik buka hari apa?

Isnin–Rabu dan Jumaat–Ahad, 10:30 pagi hingga 6:30 petang. Khamis tutup. Cuti umum sila semak di WhatsApp.

Boleh bawa kanak-kanak?

Boleh. Maklumkan umur anak semasa membuat temujanji supaya kami boleh cadangkan slot yang sesuai.

Berapa kos rawatan?

Kos rawatan bergantung pada keadaan gigi dan akan diterangkan oleh doktor selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Hubungi kami di WhatsApp untuk maklumat lanjut.

Cara bayaran?

Tanpa tunai (cashless): kad debit/kredit, QR Pay dan online banking.

Klinik Pergigian Awana · 65-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor · Tingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza · Lihat lokasi

Bagaimana lawatan anda berjalan

  1. Beritahu masalah gigiWhatsApp atau pilih slot temujanji yang sesuai.
  2. Pemeriksaan doktorDoktor semak keadaan gigi dan terangkan pilihan rawatan.
  3. Kos dimaklumkan dahuluAnda diberi anggaran kos sebelum rawatan bermula.

Tak pasti rawatan mana sesuai?

Ceritakan masalah gigi anda. Kami bantu pilih langkah pertama dan semak slot yang tersedia.