Cuci karang gigi, gusi berdarah, nafas berbau.
Ketahui lanjut →Klinik Gigi Bangi — Klinik Pergigian Awana, Bandar Seri Putra
Klinik Pergigian Awana ialah klinik gigi keluarga di Bandar Seri Putra, Bangi — tingkat 1 atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza. Buka Isnin–Rabu dan Jumaat–Ahad, 10:30 pagi–6:30 petang (Khamis tutup), jadi penduduk Bandar Baru Bangi, Kajang dan Bukit Mahkota boleh datang hujung minggu.
Mulakan dengan pemeriksaan. Doktor akan terangkan pilihan rawatan dan anggaran kos sebelum anda membuat keputusan.
Cara ke klinik dari kawasan Bangi
Klinik kami di Laman Perniagaan Bahagia, Bandar Seri Putra. Masa perjalanan bergantung pada lokasi dan trafik — semak anggaran terkini di Google Maps.
- Dari Bandar Baru Bangi (Seksyen 1–16)Taip “Klinik Pergigian Awana” dalam Google Maps atau Waze. Cari deretan kedai Laman Perniagaan Bahagia di Bandar Seri Putra — klinik di tingkat 1 atas KK Mart.
- Dari Bangi Gateway / Bangi SentralGunakan butang Google Maps di bawah untuk laluan dan anggaran masa terkini mengikut trafik semasa.
- Dari Kajang & Bukit MahkotaNavigasi ke Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra. Penanda: KK Mart dan Domino's Pizza di tingkat bawah.
- Sampai di lokasiParkir di hadapan deretan kedai. Naik tangga di sebelah KK Mart ke tingkat 1.
Rawatan untuk seisi keluarga
Pilih rawatan untuk baca apa yang termasuk, proses dan harga panduan.
Gigi berlubang, tampalan lama tercabut, gigi sumbing kecil.
Ketahui lanjut →Gigi bongsu sakit, bengkak atau tersangkut — dinilai dengan X-ray jika perlu.
Ketahui lanjut →Gigi bertindih, jarang atau jongang — pelan rawatan diterangkan dahulu.
Ketahui lanjut →Separa atau penuh, untuk yang susah mengunyah — termasuk mak ayah.
Ketahui lanjut →Pilihan menggantikan gigi yang hilang, selepas penilaian kesesuaian.
Ketahui lanjut →Pemutihan gigi di klinik, bermula dengan scaling.
Ketahui lanjut →Komposit atau seramik, selepas semakan kesesuaian.
Ketahui lanjut →Doktor kami
Dr. Hanif
Pengasas & Doktor Gigi Utama · BDS (Alexandria University). Lebih 10 tahun pengalaman klinikal. Tumpuan: braces, pergigian am dan restoratif, serta pesakit yang cemas.
Dr. Fariz Bin Naaman
Doktor Gigi Residen · BDS (Alexandria University). Pergigian am, pembedahan oral minor dan rawatan restoratif.
Bagaimana lawatan anda berjalan
- Hubungi kamiBeritahu masalah gigi dan hari yang sesuai melalui WhatsApp atau Booking Page.
- PemeriksaanDoktor periksa keadaan gigi dan terangkan pilihan rawatan.
- Semak kosAnda tahu anggaran kos sebelum rawatan bermula.
- Rawatan & susulanPanduan penjagaan diberi selepas rawatan.
Soalan lazim — klinik gigi Bangi
Ada klinik gigi dekat Bangi yang buka hari Sabtu dan Ahad?
Ya. Klinik Pergigian Awana di Bandar Seri Putra, Bangi buka Sabtu dan Ahad, 10:30 pagi hingga 6:30 petang. Waktu penuh: Isnin–Rabu dan Jumaat–Ahad, 10:30 pagi–6:30 petang. Khamis tutup.
Klinik ini di Bandar Baru Bangi ke?
Klinik kami di Bandar Seri Putra (alamat pos Bandar Seri Putra Bangi, 43000 Kajang), di Laman Perniagaan Bahagia — tingkat 1 atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza. Ramai pesakit kami datang dari Bandar Baru Bangi, Kajang dan Bukit Mahkota.
Berapa lama perjalanan dari Bangi atau Kajang?
Bergantung pada lokasi anda dan keadaan trafik. Tekan butang Google Maps di halaman ini untuk anggaran masa perjalanan terkini dari rumah atau pejabat anda.
Perlu buat temujanji dulu?
Kami mengutamakan temujanji supaya masa menunggu lebih singkat. Walk-in diterima jika ada slot kosong — WhatsApp dahulu untuk semak.
Rawatan apa yang ada?
Pemeriksaan dan scaling, tampalan sewarna gigi, rawatan saluran akar, cabutan termasuk gigi bongsu (minor surgery), braces, gigi palsu, veneer, whitening dan implant. Doktor akan cadangkan rawatan yang sesuai selepas pemeriksaan.
Boleh bawa mak ayah atau warga emas?
Boleh. Klinik di tingkat 1 dan dinaiki melalui tangga di sebelah KK Mart. Jika ahli keluarga sukar naik tangga, WhatsApp kami dahulu supaya kami boleh bincang cara yang paling selesa untuk lawatan.
Bagaimana saya tahu kos rawatan?
Harga panduan ada di halaman setiap rawatan. Doktor akan periksa keadaan gigi dan jelaskan anggaran kos sebelum rawatan bermula.
Saya takut jumpa doktor gigi. Boleh tolong?
Boleh. Beritahu kami semasa membuat temujanji. Doktor akan terangkan setiap langkah dalam bahasa mudah, tak tergesa-gesa, dan anda boleh minta berhenti bila-bila masa.
Cara bayaran?
Tanpa tunai (cashless): kad debit/kredit, QR Pay dan online banking.
Lokasi & waktu operasi
Alamat
Klinik Pergigian Awana65-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra,
Bangi, 43000 Kajang, Selangor
Tingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza (Laman Perniagaan Bahagia). Naik tangga di sebelah KK Mart. Parkir di hadapan deretan kedai.
Buka arah di Google Maps →Waktu operasi
Isnin – Rabu: 10:30 pagi – 6:30 petang
Khamis: Tutup
Jumaat – Ahad: 10:30 pagi – 6:30 petang
Cuti umum: sila semak di WhatsApp. Klinik berasaskan temujanji — walk-in diterima jika ada slot kosong.
Semak slot temujanji
Beritahu kami masalah gigi anda dan hari yang sesuai — kami balas dengan slot kosong terdekat.
Isnin–Rabu & Jumaat–Ahad, 10:30 pagi – 6:30 petang · Khamis tutup. Balasan WhatsApp mengikut waktu operasi.