Braces / Pendakap Gigi · Bandar Seri Putra, Bangi

Pasang Braces di Bangi — dari RM200 sebulan

Gigi bertindih, jarang atau jongang? Susun semula dengan braces konvensional atau self-ligating. Harga bulanan tetap, deposit boleh dibahagi dua, dan pelan rawatan diterangkan sebelum anda buat keputusan.

Konvensional RM200/bulan · Self-ligating RM250/bulan (doktor gigi am)
300+ ulasan GoogleBuka Sabtu & AhadTingkat 1, atas KK Mart
Dr. Hanif, doktor pergigian Klinik Pergigian Awana, Bandar Seri Putra Bangi

Masalah gigi yang braces boleh bantu

Gigi bertindih (crowding)

Gigi bersusun rapat atau berlapis, susah dibersihkan dan mudah terbentuk karang.

Gigi jarang (spacing)

Ruang kosong antara gigi, termasuk celah di gigi depan.

Jongang (overjet)

Gigi depan atas terlalu ke hadapan berbanding gigi bawah.

Gigitan tak sekata

Gigitan dalam, terbuka atau bersilang yang menyukarkan kunyahan.

Tak pasti kes anda yang mana? Hantar gambar gigi di WhatsApp — kami beri pandangan awal sebelum konsultasi.

Pilihan braces di Awana

Braces konvensional (metal)

Paling berpatutan dan terbukti berkesan untuk kebanyakan kes. Getah warna boleh ditukar setiap lawatan.

RM200/bulan · deposit RM800

Self-ligating

Bracket dengan klip terbina dalam — kurang geseran, lawatan susulan lebih cepat, tiada getah warna.

RM250/bulan · deposit RM1,000

Clear aligner

Pilihan hampir tak nampak untuk kes yang sesuai. Kesesuaian dan harga dinilai semasa konsultasi.

Harga ikut kes

Apa yang berlaku semasa lawatan

  1. Konsultasi & rekodDoktor periksa susunan gigi dan gigitan, bincang matlamat anda dan pilihan braces yang sesuai.
  2. X-ray & gambarX-ray untuk lihat akar gigi dan tulang rahang, serta gambar gigi untuk rekod sebelum-selepas.
  3. Analisis kes & pelanDoktor terangkan anggaran tempoh, keperluan cabutan (jika ada), jumlah anggaran dan jadual bayaran.
  4. PemasanganBracket dan wayar dipasang (sekitar 1 jam). Nasihat penjagaan dan makanan diberikan.
  5. Susulan setiap 4–6 mingguWayar dilaras dan kemajuan disemak setiap lawatan.
  6. Buka braces & retainerSelepas gigi tersusun, braces dibuka dan retainer dipakai untuk kekalkan hasil.

Harga Braces — Telus, Tiada Caj Tersembunyi

Braces konvensional
Doktor gigi amAnsuran bulanan sepanjang tempoh rawatan
RM200/bulan
Pakar ortodontikUntuk kes yang dirawat oleh pakar berkunjung
RM250/bulan
DepositBoleh dibahagi 2 × RM400
RM800
Braces self-ligating
Doktor gigi amAnsuran bulanan sepanjang tempoh rawatan
RM250/bulan
Pakar ortodontikUntuk kes yang dirawat oleh pakar berkunjung
RM300/bulan
DepositBoleh dibahagi 2 × RM500
RM1,000

Apa yang anda bayar

  • Deposit sekali sahaja (boleh dibahagi 2 bulan)
  • Ansuran bulanan sepanjang tempoh rawatan
  • Konsultasi awal dan pemeriksaan susunan gigi

Caj berasingan — dimaklumkan semasa konsultasi

  • X-ray dan rekod awal
  • Cabutan gigi (hanya jika kes memerlukan)
  • Retainer selepas braces dibuka
  • Pembaikan bracket tercabut atau wayar patah
  • Scaling berkala semasa memakai braces
Jumlah anggaran keseluruhan bergantung pada tempoh rawatan kes anda. Doktor beri anggaran bertulis selepas pemeriksaan dan X-ray, sebelum anda membayar deposit. Pembayaran tanpa tunai: kad, QR Pay, online banking.

Doktor yang merawat

Dr. Hanif, Klinik Pergigian Awana

Dr. Hanif

BDS (Alexandria University). Lebih 10 tahun pengalaman klinikal; braces adalah bidang tumpuan utama beliau di Awana. Kes yang lebih kompleks dirujuk kepada pakar ortodontik yang berkunjung ke klinik.

Soalan Lazim Tentang Braces

Berapa jumlah kos keseluruhan braces?

Jumlah bergantung pada tempoh rawatan, yang berbeza ikut kes (susunan gigi, sama ada perlu cabutan, dan disiplin datang susulan). Selepas pemeriksaan dan X-ray, doktor beri anggaran tempoh dan jumlah untuk kes anda — sebelum anda buat keputusan.

Deposit boleh dibahagi?

Boleh. Deposit braces konvensional RM800 boleh dibahagi 2 × RM400; self-ligating RM1,000 boleh dibahagi 2 × RM500 (dua bulan pertama).

Apa beza doktor gigi am dengan pakar ortodontik?

Kadar RM200/RM250 sebulan adalah untuk rawatan oleh doktor gigi am kami. Kadar pakar ortodontik (RM250/RM300 sebulan) adalah untuk kes yang dirawat oleh pakar ortodontik yang berkunjung ke klinik. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai selepas melihat kes anda.

Pasang braces sakit tak?

Semasa pemasangan tidak sakit. Beberapa hari selepas pasang dan selepas setiap laraskan wayar, gigi akan rasa ngilu dan pipi mungkin rasa tergesel — ini normal dan biasanya reda dalam 3–7 hari. Kami beri wax dan nasihat makanan lembut.

Kena cabut gigi ke?

Tidak semua kes. Cabutan hanya dicadangkan jika ruang tidak mencukupi untuk menyusun gigi. Ini ditentukan selepas X-ray dan analisis kes, dan dibincangkan dengan anda dahulu.

Berapa kerap datang susulan?

Kebiasaannya setiap 4–6 minggu untuk laraskan wayar. Lawatan susulan yang konsisten penting supaya rawatan tak tertangguh.

Bracket tercabut atau wayar mencucuk — macam mana?

WhatsApp kami dan datang seawal yang boleh. Jangan tunggu sampai lawatan seterusnya. Caj pembaikan (jika ada) dimaklumkan semasa konsultasi awal.

Lepas braces buka, perlu retainer?

Ya. Retainer wajib dipakai selepas braces dibuka supaya gigi tidak beransur kembali ke kedudukan asal. Jenis dan caj retainer diterangkan sebelum braces dibuka.

Ada clear aligner (braces tak nampak)?

Ada pilihan clear aligner untuk kes yang sesuai. Harga dan kesesuaian dinilai semasa konsultasi kerana ia bergantung pada tahap kes.

Umur berapa boleh mula braces?

Rawatan biasanya bermula selepas gigi kekal tumbuh (sekitar 12 tahun ke atas). Dewasa juga boleh — ramai pesakit kami berusia 20-an hingga 40-an.

Lokasi & Waktu Operasi

Alamat

65-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor
Tingkat 1, atas KK Mart, sebelah Domino's Pizza (Laman Perniagaan Bahagia)
Naik tangga di sebelah KK Mart. Parkir di hadapan kedai.

Buka di Google Maps

Waktu Operasi

  • Isnin – Khamis: 10:30 pagi – 6:30 petang
  • Jumaat: Tutup
  • Sabtu & Ahad: 10:30 pagi – 6:30 petang
  • Cuti umum: sila semak di WhatsApp

Klinik berasaskan temujanji. Walk-in diterima jika ada slot kosong — WhatsApp dulu untuk elak menunggu.

WhatsApp / telefon: 017-427 6059 · Email: awanadental@gmail.com

Mula dengan konsultasi braces

Hantar gambar gigi anda di WhatsApp untuk pandangan awal, atau terus tempah slot konsultasi.

Isnin–Khamis & Sabtu–Ahad, 10:30 pagi – 6:30 petang · Jumaat tutup. Balasan WhatsApp mengikut waktu operasi.