Klinik Pergigian Awana · Bandar Seri Putra

Gigi Palsu di Bandar Seri Putra & Bangi — Gantikan Gigi Hilang

Gigi palsu separa atau penuh dibuat mengikut ukuran mulut anda, untuk membantu anda mengunyah dan senyum semula. Doktor akan periksa gigi dan gusi dahulu, kemudian terangkan pilihan yang sesuai. Untuk pesakit di Bandar Seri Putra, Bangi, Kajang dan Nilai.

WhatsApp Kami Sekarang

WhatsApp 017-427 6059 · Isnin–Rabu & Jumaat–Ahad, 10:30 pagi – 6:30 petang

Kenapa Ganti Gigi yang Hilang?

Gigi yang hilang bukan sekadar soal penampilan. Ia boleh menjejaskan cara anda mengunyah, menyebabkan gigi lain beralih, dan mengubah bentuk muka.

  • Kunyah dan makan makanan kegemaran dengan lebih selesa
  • Elak gigi lain beralih ke ruang kosong
  • Sokong bentuk muka & senyuman yang penuh
  • Bercakap dengan lebih jelas dan yakin

Jenis Gigi Palsu yang Kami Sediakan

Gigi Palsu Separa (Partial Denture)

Alat boleh tanggal untuk menggantikan satu atau beberapa batang gigi yang hilang, sambil mengekalkan gigi asal anda.

Gigi Palsu Penuh (Full Denture)

Menggantikan semua gigi pada rahang atas atau bawah. Boleh tanggal sepenuhnya untuk pembersihan mudah.

Gigi Palsu Akrilik

Bahan plastik perubatan sewarna gusi yang mudah dilaras dan dibaiki. Pilihan biasa untuk gigi palsu separa dan penuh.

Gigi Palsu Fleksibel

Bahan yang lebih lentur untuk sesetengah kes gigi palsu separa. Kesesuaian dinilai oleh doktor. Baca lanjut.

Siapa yang sesuai memakai gigi palsu?

  • Kehilangan satu, beberapa atau semua gigi pada satu rahang
  • Susah mengunyah atau rasa kurang yakin bila senyum dan bercakap
  • Gigi palsu lama sudah longgar, retak atau tidak selesa lagi
  • Ingin pilihan gantian gigi yang boleh ditanggalkan untuk dibersihkan

Sebelum gigi palsu dibuat, doktor mungkin perlu rawat dahulu gigi berlubang, karang gigi atau gigi yang goyang. Jika anda lebih suka gigi gantian yang tetap, bincang tentang implant gigi semasa konsultasi.

Kos Gigi Palsu

Kos rawatan bergantung pada keadaan gigi dan akan diterangkan oleh doktor selepas pemeriksaan. Hubungi kami di WhatsApp untuk maklumat lanjut.

Cara bayaran

Jumlah bergantung pada bilangan gigi yang hilang — dijelaskan sepenuhnya sebelum rawatan bermula.
Bayaran cashless: kad, QR Pay & online banking.

Proses Rawatan Anda

  1. Konsultasi & pemeriksaanKami bincang keselesaan, penampilan & fungsi yang anda mahukan.
  2. Acuan (impression) gigiAcuan diambil untuk gigi palsu yang muat tepat.
  3. Fitting & pelarasanGigi palsu dipasang & dilaras supaya selesa.
  4. Panduan penjagaanKami tunjuk cara jaga & bersihkan gigi palsu anda.

Kebanyakan kes memerlukan beberapa lawatan. Doktor akan maklumkan anggaran bilangan lawatan selepas pemeriksaan pertama.

Penjagaan gigi palsu

  • Tanggalkan dan bilas gigi palsu selepas makan
  • Berus gigi palsu setiap hari dengan berus lembut — elakkan ubat gigi yang kasar
  • Rendam gigi palsu dalam air bersih atau larutan pembersih pada waktu malam, mengikut nasihat doktor
  • Jangan rendam dalam air panas kerana bentuknya boleh berubah
  • Bersihkan gusi, lidah dan gigi asal yang masih ada setiap hari
  • Datang semula jika gigi palsu terasa longgar, menekan gusi atau retak — jangan laraskan sendiri

Soalan Lazim Tentang Gigi Palsu

Apa beza gigi palsu separa dan penuh?
Gigi palsu separa menggantikan satu atau beberapa gigi sambil mengekalkan gigi asal. Gigi palsu penuh menggantikan semua gigi pada satu rahang. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai untuk anda.
Selesa tak memakai gigi palsu?
Gigi palsu dibuat mengikut acuan mulut anda. Biasanya ambil sedikit masa untuk biasa; doktor boleh buat pelarasan jika ada bahagian yang menekan atau tidak selesa.
Boleh makan macam biasa?
Selepas biasa memakainya, anda boleh makan kebanyakan makanan. Kami cadangkan mulakan dengan makanan lembut dan potong kecil dulu.
Perlu tanggalkan gigi palsu waktu tidur?
Biasanya digalakkan supaya gusi dapat berehat. Doktor akan beri nasihat mengikut jenis gigi palsu dan keadaan mulut anda.
Gigi palsu lama saya longgar, boleh dibaiki?
Bergantung pada keadaan. Ada gigi palsu yang boleh dilaras atau dilapik semula, dan ada yang perlu dibuat baru. Bawa gigi palsu anda semasa pemeriksaan.
Berapa kos gigi palsu?
Kos rawatan bergantung pada keadaan gigi dan akan diterangkan oleh doktor selepas pemeriksaan, sebelum rawatan bermula. Hubungi kami di WhatsApp untuk maklumat lanjut.
Berapa lama proses sampai siap?
Biasanya beberapa lawatan — konsultasi, acuan, dan fitting. Garis masa sebenar dijelaskan semasa konsultasi.

Dapatkan pemeriksaan gigi palsu

Melayani Bandar Seri Putra, Bangi, Kajang, Nilai, Semenyih & Bandar Bukit Mahkota. Tempah konsultasi gigi palsu anda hari ini.

WhatsApp Kami — 017-427 6059

Klinik gigi keluarga di Bandar Seri Putra, Bangi · Baca juga: Implant gigi · Cabut gigi · Senarai rawatan